Takkan Melayu Hilang di Dunia

Author: ezey // Category:
MELAYU.....

Suatu masa dahulu bangsa Melayu megah....kuat....tiada bandingan
Kedaulatan Sultan yang dikasihi rakyat...tiada tandingan

Tapi....

Apa sudah jadi pada Melayu? Sungguh mudah ditipu
Berpecah-belah...bergaduh sesama sendiri...tidak menentu
"Takkan Melayu Hilang di Dunia", kata janji Hang Tuah ketika dulu
Kini tiada zahirnya, hanya tinggal di dalam buku

Di manakah kekuatan Melayu?
Di manakah kebebasan Melayu?
Di manakah perpaduan Melayu?
Sudah tiada sejak dari dulu....

Kini Melayu cuma mengejar kekayaan
Sanggup menipu demi kejayaan
Ajaran Islam hanya jadi bacaan
Sejarah Melayu, hilang dari pandangan

Pernah dulu Ayahnda Tun berkata
"MELAYU......MUDAH.....LUPA"
Melayu marah, dan benci akan kata-katanya
Tapi pada hakikatnya, semuanya benar belaka

Tragedi 13 Mei, sentiasa di ingatan
Bukti kekuatan, apabila bangsa dipertahankan
Tapi tidak berguna hanya di ingatan
Jika kini Melayu sendiri, tidak ambil teladan

Kini Melayu berperang sesama sendiri
Ilmu hitam digunakan untuk kepentingan diri
Bukankah elok ilmu dipelajari dan dihayati
Untuk mempertahankan bangsa dan agama suatu hari nanti

Keteguhan Melayu kini longgar
Daulat Sultan senang-senang dicabar
Walaupun hati Melayu terasa dibakar
Tetapi kaum sendiri masih ada yang ingkar

Kini Melayu masih di bawah jajahan
Berperang menegakkan keadilan
Cuma kini kemenangan tiada dalam pandangan
Kerana bangsa sendiri mingikut pihak lawan

Cintaku pada bangsaku tidak pernah lusuh
Walaupun diriku perit ditikam musuh
Jika ditakdirkan MELAYU cuba dimansuh
Akanku pastikan kerisku bermandi darah musuh

Firman ALLAH SWT:
"Takkanku ubah suatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri sendiri"

Aku Yang Berpegang Pada Kata Hang Tuah
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

0 Responses to "Takkan Melayu Hilang di Dunia"

Post a Comment