Melayu Mudah Lupa

Author: ezey // Category:
This is just a reminder to us all....in case we forgot...Ayahnda Tun once bersajak.....

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...


Bukan senang nak tgk seorang pemimpin tangis kerana bangsa....
Ingatlah wahai bangsa Melayu...
Perjuangan kita blom selesai....
Jangan sampai suatu hari kita menyesal....
Menyesal kerana tak mula berjuang...
Bila dah ditindas...bila kite dihalau dari tanah sendiri...menyesal pun x gune dah...
Mari kite same2 berjuang demi Bangsa dan Agama..Demi Tanah MELAYU...Malaysia...

1 Response to "Melayu Mudah Lupa"

Apai Says :
August 22, 2009 at 1:00 AM

Yup..

MELAYU memang begitu;
MELAYU jugalah yang merompak MELAYU lain;
MELAYU jugalah yang menindas MELAYU lain;
MELAYU macam ALI di MELAKA;
MELAYU mahu buka perniagaan, ALI tidak bagi;
CINA mahu buka perniagaan, ALI bagi;
Apabila CINA itu tidak jadi;
ALI terhegeh-hegeh mahu memberi kembali hak perniagaan kepada MELAYU;
Tetapi MELAYU sudah tawar hati;
Dalam hati MELAYU itu,
"Sampai bila-bila MELAYU akan jadi kelas kedua, jika MELAYU macam ALI terpacak di bumi TANAH MELAYU"
MELAYU memang mudah lupa.

Kisah betul nih zarul :D

Post a Comment